Rabu, 15 Januari 2014

BeritaParodi | Kumpulan Kankung serang mangsa

Salah seekor Pokémon yang dimiliki oleh salah seorang ahli Kumpulan Kangkung
 
JOHTO - Salah seorang mangsa telah dipukul berkali-kali sehingga pengsan. Menurut beberapa saksi, kebanyakan mangsa dan Pokémon mereka telah dipukul kerana tidak memberi duit pelindungan. Sebuah kumpulan yang dikenalpasti oleh Polis dan Ranger adalah kumpulan Kangkung.

Logo kumpulan mereka di laman web mereka yang telah diblock oleh Pokemon League semalam.

> Kumpulan Kangkung telah mula menyerang mangsa sejak Kumpulan Rocket dibubarkan untuk kali yang kedua. Menurut Pokémon Ranger, mereka banyak menggunakan Pokémon jenis rumput seperti Snivy dan Chikorita. Mereka selalu menyerang di antara Goldenrod City dan Ecruteak City.
 > Orang ramai diminta bekerjasama untuk mengalahkan dan membantu untuk menangkap mereka sebelum mereka menyerang kembali.

Selasa, 12 Mac 2013

[BukanAnime] Pemilik Syok.org ditangkap polis kerana Akta Hak Cipta

Sekadar Hiasan
Pemilik forum SYOK.ORG ditangkap kerana melanggar Akta Hak Cipta sebab berkongsi filem, lagu dan drama yang diberikan oleh kumpulan seperti Teamhanna dan jieazzmovie. Selepas penahanan itu, satu nota dikeluarkan di SYOK.ORG yang sesiapa yang berkongsi pautan itu akan disekat.


Nota Admin: Kita dah dicabar.... 

Sabtu, 9 Mac 2013

[BeritaAnime] Fairy Tail tidak berakhir


Walaupun anime Fairy Tail berakhir pada 30 Mac 2013 tetapi diberhentikan sementara kerana memberi peluang kepada manga untuk bersambung disebabkan anime terlalu dekat dengan manga. Hiro Mashima pernah berkata di dalam akaun Twitternya dalam bahasa Inggeris:

Berita gembira dari mangaka Fairy Tail mendapat sambutan ramai.

Ahad, 3 Mac 2013

Pemberitahuan



TheKakiAnime kini dikenali sebagai Kami Suka Anime. Ini berdasarkan fanpage Facebook kami iaitu, Kami Suka Anime.

Ahad, 15 Januari 2012

[UlasanAnime] Beelzebub (Anime TV)


Kon'nichiwa, kita berjumpa lagi. Kali ini saya akan memberi ulasan penuh tentang rancangan anime yang saya pernah menonton. Hari ini saya akan menulis tentang anime bertajuk Beelzebub. ini adalah info tentang anime tersebut.

Sabtu, 14 Januari 2012

[BeritaAnime] Anime Musim Bunga 2012


Hai. Nampaknya ini adalah pos yang pertama di sini selepas beberapa bulan tertangguh (projek yang pertama dibuat di laman ini gagal). Hai nama saya Muhammad Zulhilmi Asyraf atau dikenali sebagai AsyrafFile. Ini adalah berita pertama sebelum saya membuat lebih banyak post lagi... Berita ini adalah tentang Carta Anime untuk Musim Bunga 2012. Banyak anime baru yang awak akan menonton pada Musim Bunga (Mac 2012 hingga Mei 2012). Antara anime yang terbaru ataupun anime lama yang mempunyai musim baru (anime musim baru).

Gambar

Senarai Anime Baru dan Anime Musim Baru
Fate/Zero S2 - Sambungan dari Musim Luruh 2011
Korewa Zombie Desu ka?: Jigoku Hen - Sambungan dari Musim Pertama
Kimi to boku S2 -  Sambungan dari Musim Pertama 
Kuroko no Basuke - Dari Manga (Anime baru)
Hiiro no Kakera - Anime baru
Eruka Seven Ao - Dari novel pendek (Anime baru)
Accel World - Dari Manga  (Anime baru) 
Zetman -  Dari Manga  (Anime baru) 
Medaka Box -  Dari Manga  (Anime baru) 
Uchuu KyoudaiAnime baru 
Train Hero -  Anime baru 
Sankarea -  Dari Manga  (Anime baru)  
Saki:Achinga-hen episode of side A - Anime baru
AKB0048 - Anime baru
Shining Hearts - Dari permainan (Anime baru)  
Tasogare OtomexAmnesia - Dari Manga  (Anime baru)  
Sengoku Collection - Permainan? (Anime baru)
Gokojyo -  Dari Manga  (Anime baru)  
Koi-ken - Dari Visual Novel (Anime baru)

Semoga awak enjoy.... Bye...

[UPDATED] Oleh kerana ada versi baru.... Saya akan letekkan link di sini

P/S Kami memerlukan seorang penulis ataupun wartawan untuk dijadikan penulis kepada blog TheKakiAnime. Jika berminat sila hantarkan penyertaan anda ke asyraffile[at]gmail[dot]com (Gantikan [at] kepada @ dan [dot] kepada "." untuk menggelakkan SPAM). Arigatō.

Selasa, 2 Ogos 2011

Blog Dalam Perbinaan...

Minta maaf... kandungan dalam blog ini sudah dibuang... minta maaf... Kami akan kembali dengan berita anime/ manga dari jepun...